assalamualaikum toall yarn lovers....dan selamat beramal
Solat Tahajud dan Qiyamullail
1. Solat tengah malam, terutamanya Tahajjud, berupaya merawati gejala
kelupaan dan kebebalan diri. Ia juga merupakan penyebab kecerdasan serta
hafalan yang kuat dan mantap. Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa
orang yang bersembahyang malam dimuliakan dengan sembilan perkara.
Antaranya lahir tanda-tanda ketaatan pada wajahnya, dipelihara dari
segala bala dan bencana, disukai oleh hamba yang soleh dan manusia,
lidahnya berututur dengan kata-kata hikmah dan dia dijadikan seorang
yang bijaksana iaitu diberi ilmu hikmah yang rahsia dan mendalam. Juga
dikurniakan kesihatan yang baik dan dihindari dari penyakit.
2.
Orang yang mendapat ilmu hikmah dikurniakan intuisi, gerak hati, ilham,
idea-idea kreatif, kebijaksanaan, serta kepintaran dalam berbicara.
Mereka diberi faham ilmu yang halus-halus dan sukar-sukar. Hasilnya
lahirlah buah-buah fikiran yang bermutu, bernilai tinggi, pelik-pelik
lagi aneh yang tidak terfikir oleh manusia biasa. Terpancar cahaya
kebijaksanaandari hatinya atas lidahnya sebagaimana yang berlaku kepada
Imam Ghazali, Ibnu Rusydi, Ibnu Sina dan para genius Islam.